
CC Cleaner merupakan satu perisian / aplikasi untuk membersihkan komputer anda khususnya untuk membersihkan registry sistem anda dan membersihkan Temparory Files anda. Ianya sangat berguna untuk membuang file dan registry yang tidak berguna dan pada masa yang sama mempertingkatkan prestasi komputer anda disamping memberi ruang dalam hard disk anda. Aplikasi ini juga membenarkan anda untuk mengawal start up dengan memberi pilihan kepada anda untuk membuang aplikasi yang tidak berguna dalam folder start up yang selalunya melambatkan proses start up. Aplikasi ini juga membenarkan anda untuk membuang aplikasi atau program (uninstall) yang tidak anda kehendaki.
Muat Turun Disini
Muqaddimah
Alhamdulillah, Allah telah memberikan kekuatan untuk membuka slot blog ini untuk berkongsi bersama tentang ICT, tentang software yang berguna khususnya "Freeware" ataupun perisian yang percuma tanpa perlu apa-apa bayaran yang berguna untuk komputer kita. InsyaAlllah dalam blog ini juga, ana cuba untuk memberi tutorial tentang bagaimana untuk membina blog, langkah demi langkah agar dakwah maya ini sentiasa hangat diisi dengan peringatan dan nasihat untuk taqarrub kita kepada Yang Maha Esa. Di laman ini juga, ana juga insyaAllah cuba ingin berkongsi cara-cara mengubah suai desktop dan juga komputer anda supaya lebih kemas dan menarik, lain dari yang lain, mengikut kreativiti anda. InsyaAllah, dengan adanya laman seperti ini dapat meningkatkan kemahiran kita dalam bidang ICT sekaligus dapat bertukar-tukar maklumat dan fikiran berkaitan dengan teknologi ICT ini. Dunia globalisasi ini mengajar kita untuk lebih kompetitif dan bersedia untuk menghadapi segala cabaran dan serangan pemikiran dan dunia maya seperti blog ini adalah satu senjata ampuh yang harus dikuasai oleh umat Islam untuk menepis serangan pemikiran yang memesong dari jalan kebenaran. Semoga mendapat manfaat daripada perkongsian ilmiah ini.


12:41 PM
Zikri Zainudin

0 comments:
Post a Comment