
Defraggler adalah aplikasi untuk menyusun file anda (defrag) dengan lebih pantas, iaitu 30% lebih pantas daripada aplikasi Windows Defragmentation Tool. Aplikasi ini juga mampu mengkompres file anda dan memberi ruang yang lebih dalam hard disk anda. Aplikasi ini sangat berguna dan menggunakan cuma sedikit memory dan bersaiz kecil. Aplikasi ini boleh dimuat turun secara percuma.
Selamat mencuba dan memuat turun!
Muat Turun Disini
Muqaddimah
Alhamdulillah, Allah telah memberikan kekuatan untuk membuka slot blog ini untuk berkongsi bersama tentang ICT, tentang software yang berguna khususnya "Freeware" ataupun perisian yang percuma tanpa perlu apa-apa bayaran yang berguna untuk komputer kita. InsyaAlllah dalam blog ini juga, ana cuba untuk memberi tutorial tentang bagaimana untuk membina blog, langkah demi langkah agar dakwah maya ini sentiasa hangat diisi dengan peringatan dan nasihat untuk taqarrub kita kepada Yang Maha Esa. Di laman ini juga, ana juga insyaAllah cuba ingin berkongsi cara-cara mengubah suai desktop dan juga komputer anda supaya lebih kemas dan menarik, lain dari yang lain, mengikut kreativiti anda. InsyaAllah, dengan adanya laman seperti ini dapat meningkatkan kemahiran kita dalam bidang ICT sekaligus dapat bertukar-tukar maklumat dan fikiran berkaitan dengan teknologi ICT ini. Dunia globalisasi ini mengajar kita untuk lebih kompetitif dan bersedia untuk menghadapi segala cabaran dan serangan pemikiran dan dunia maya seperti blog ini adalah satu senjata ampuh yang harus dikuasai oleh umat Islam untuk menepis serangan pemikiran yang memesong dari jalan kebenaran. Semoga mendapat manfaat daripada perkongsian ilmiah ini.


12:51 PM
Zikri Zainudin

0 comments:
Post a Comment